Wakaf al-Quran

Sudah mengumpul dana wakaf? Kami bantu membekal, mencetak dan mengedarkan mushaf kepada penerima yang anda sasarkan.

Huffaz Group tidak mengendalikan kutipan dana wakaf al-Quran atau menerima sumbangan wang wakaf secara langsung. Kami bekerjasama dengan individu, syarikat, NGO atau institusi yang telah mengumpulkan dana wakaf.

Cara kami membantu

  1. Pembekalan

    Mushaf terbitan Huffaz yang diluluskan KDN, dengan harga khas untuk kuantiti pukal.

  2. Percetakan (jika berkaitan)

    Edisi wakaf dengan nama penaja atau halaman penghargaan, mengikut keperluan program.

  3. Pengedaran

    Penghantaran mushaf kepada penerima yang disasarkan, seperti sekolah tahfiz, masjid dan institusi.

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.”

Surah Ali Imran: 92
Mushaf dihantar kepada penerima

Program wakaf terdahulu

Naskhah wakaf diagihkan bersama Jabatan Pendidikan Islam (JPI) Melaka, Sabah, Terengganu, Kedah dan Selangor.

Program Wakaf Al-Quran 2025

Program Wakaf Al-Quran 2025

2025 · Melaka, Sabah, Terengganu, Kedah & Selangor

Naskhah wakaf diagihkan bersama JPI di lima negeri.

Lihat selanjutnya →

Bakul pertanyaan

Bakul ini menyediakan draf WhatsApp. Tiada pembayaran dibuat di laman ini; pasukan kami akan sahkan stok dan harga akhir.

AnggaranRM0
Hantar pertanyaan di WhatsApp