Hubungi kami

Ada soalan tentang mushaf, pembelian, wakaf atau tempahan khas? Cara paling cepat ialah WhatsApp.

Alamat

Lot 7, Taman Usahawan Muda Pelajar UniSZA (TUMPU), Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Buka di Google Maps →

Tempahan institusi

Halaman tempahan khas →

Kedai online & media sosial

Soalan lazim

Jawapan ringkas tentang pembelian, tempahan dan penghantaran. Tak jumpa jawapan? WhatsApp kami.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan?

Penyelidikan, pembangunan dan penerbitan al-Quran serta bahan Islamik: konsultasi, pembangunan kandungan, reka bentuk, semakan teks dan percetakan, termasuk tempahan khas mengikut keperluan pelanggan.

Bagaimana memilih saiz mushaf?

A4 paling besar, B5 sederhana, A5 mudah dibawa dan A6 bersaiz poket.

Adakah mushaf diluluskan KDN?

Ya. Semua mushaf diterbitkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa dan melalui proses kelulusan pihak berkuasa. Mushaf yang diluluskan dilengkapi hologram pengesahan sebagai bukti kelulusan.

Adakah mushaf disemak oleh panel pakar?

Ya. Teks al-Quran disemak oleh Ahli Lajnah Tashih al-Quran yang dilantik. Terjemahan dan bahan sokongan disemak panel pakar sebelum diterbitkan.

Bagaimana untuk membuat pembelian?

Pilih mushaf dalam koleksi, masukkan ke bakul dan tekan Hantar pertanyaan. WhatsApp akan dibuka dengan senarai pilihan anda dalam draf mesej. Anda boleh berbincang dengan pasukan kami sebelum mengesahkan pembelian.

Apakah kaedah pembayaran yang diterima?

Pindahan bank, FPX atau kaedah pembayaran lain yang ditawarkan oleh syarikat.

Adakah semua warna tersedia?

Ketersediaan warna dan kemasan bergantung pada stok semasa. Sahkan pilihan dengan pasukan kami sebelum membuat pembayaran.

Adakah penghantaran disediakan?

Ya, ke seluruh Malaysia. Penghantaran percuma bagi pembelian RM150 ke atas. Penghantaran ke luar negara boleh diuruskan, tertakluk kepada destinasi dan syarat penghantaran.

Boleh membuat tempahan pukal?

Boleh. Kami menerima tempahan daripada individu, syarikat, masjid, surau, sekolah, institusi pengajian, agensi kerajaan, NGO dan organisasi korporat. Maklumkan model mushaf, kuantiti, destinasi dan tarikh diperlukan melalui borang tempahan.

Adakah syarikat menyediakan mushaf berjenama (custom)?

Ya. Reka bentuk kulit, cetakan logo, halaman penghargaan, sisipan khas dan spesifikasi lain mengikut keperluan pelanggan.

Berapa minimum kuantiti tempahan?

Bergantung kepada jenis produk, spesifikasi dan kaedah percetakan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Berapa lama tempoh menyiapkan tempahan?

Bergantung kepada kuantiti, spesifikasi, jadual percetakan serta tempoh semakan dan kelulusan pihak berkuasa bagi mushaf tempahan khas.

Bagaimana mendapatkan sebut harga?

Hantar spesifikasi projek atau produk melalui WhatsApp (011-2552 5981) atau e-mel (huffazgrouphq@gmail.com). Harga khas boleh dipertimbangkan bagi pembelian pukal, institusi, organisasi atau projek khas.

Bagaimana menjadi ejen atau pengedar?

Hubungi bahagian jualan kami untuk syarat, kelayakan dan proses pendaftaran sebagai ejen atau pengedar rasmi.

Adakah syarikat menerima projek penyelidikan atau konsultasi penerbitan?

Ya. Kami menerima kerjasama penyelidikan, pembangunan kandungan, penulisan dan penerbitan ilmiah berkaitan al-Quran, serta konsultasi dari peringkat perancangan hingga penerbitan.

Adakah syarikat menyediakan reka bentuk buku?

Ya. Reka letak, kulit buku, ilustrasi dan penyediaan fail akhir untuk percetakan.

Bagaimana jika terdapat kesilapan pada produk?

Hubungi khidmat pelanggan kami dengan segera untuk semakan dan tindakan susulan.

Adakah syarikat menerima tajaan wakaf al-Quran?

Syarikat tidak mengendalikan kutipan dana wakaf al-Quran atau menerima sumbangan wang wakaf secara langsung. Kami bersedia bekerjasama dengan individu, syarikat, NGO atau institusi yang telah mengumpulkan dana wakaf bagi membantu urusan pembekalan, percetakan (jika berkaitan) dan pengedaran al-Quran kepada penerima yang disasarkan.

Adakah syarikat menerima kerjasama strategik?

Ya. Kami mengalu-alukan kerjasama dengan institusi, agensi kerajaan, NGO, syarikat korporat dan organisasi lain dalam penyelidikan, penerbitan serta pembangunan al-Quran.

Privasi & pertanyaan

Borang dan bakul di laman ini hanya menyediakan pautan WhatsApp daripada maklumat yang anda isi. Maklumat tersebut tidak dihantar ke pelayan Huffaz. Draf dikendalikan oleh WhatsApp: semak sebelum menghantar dan elakkan maklumat sensitif seperti nombor kad atau kata laluan. Pertanyaan tentang maklumat anda: huffazgrouphq@gmail.com. Baca dasar privasi penuh →

Bakul pertanyaan

Bakul ini menyediakan draf WhatsApp. Tiada pembayaran dibuat di laman ini; pasukan kami akan sahkan stok dan harga akhir.

AnggaranRM0
Hantar pertanyaan di WhatsApp