Tentang Huffaz Group

Huffaz Group Enterprise ialah syarikat spin-off pertama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), ditubuhkan pada 27 Julai 2020 di Kuala Nerus, Terengganu. Kami menggabungkan kepakaran pengajian Islam dan al-Quran untuk menyelidik, menerbit dan mencetak mushaf serta buku agama.

Penyerahan Mushaf Al-Hafiz di majlis bersama IMITS
Tarikh pendaftaran
27 Julai 2020
No. pendaftaran
202203204982
Skop perniagaan
Penerbitan, penyelidikan & percetakan
Status
Syarikat spin-off pertama UniSZA
Diluluskan KDN
15+ naskhah al-Quran
Diedarkan
1,000+ naskhah
Rakan kerjasama
18 institusi & organisasi
Alamat
TUMPU, UniSZA, Kuala Nerus

Pembangunan mushaf

Konsep, sisipan, reka bentuk kulit dan susun atur, termasuk urusan kelulusan KDN.

  • Konsultasi pembinaan konsep eksklusif
  • Reka bentuk grafik tema, kulit dan iluminasi teks
  • Penyelidikan sisipan kandungan al-Quran bertema
  • Bimbingan prosedur penerbitan sah di bawah KDN

Percetakan al-Quran

Cetakan mushaf terbitan Huffaz dengan pilihan kulit, kertas dan kemasan.

  • Pilihan naskhah sedia ada yang diluluskan KDN
  • Tukaran reka bentuk kulit mengikut citarasa korporat
  • Pilihan kertas dan kemasan berkualiti tinggi
  • Konsultasi prosedur tukaran reka bentuk dengan KDN

Buku, modul dan kitab Jawi

Pembangunan modul agama, pemurnian Iqra dan Muqaddam, serta penyalinan semula kitab Jawi klasik dengan semakan pakar bidang.

  • Modul & buku: Buku Cilik Celik Ibadat, Modul Al-Mukhtarah, Modul Profesionalisme Daie Al-Quran, Modul Hafazan Syafawi & Tahriri, Buku Diari Cilik dan Buku Mari Solat
  • Pemurnian Iqra & Muqaddam: susunan tajwid diperbaharui, isi kandungan lebih moden, bantuan permit KDN
  • Penyalinan kitab Jawi klasik: teks asal disalin semula dan disemak pakar bidang supaya mudah dibaca

Bangunkan mushaf bersama kami

Nama, logo dan isi institusi anda. Kami uruskan hingga kelulusan KDN.

Tempahan khas

Bakul pertanyaan

Bakul ini menyediakan draf WhatsApp. Tiada pembayaran dibuat di laman ini; pasukan kami akan sahkan stok dan harga akhir.

AnggaranRM0
Hantar pertanyaan di WhatsApp